BENTONG – Seorang bapa di sini resah memikirkan ketiadaan dana untuk membiayai kos pembedahan jantung anak perempuan sulungnya, Qaireen Adriana Tihani yang berusia tujuh tahun. Mohamed Haffiez Mansor Taridi, 34, berkata, Qaireen Adriana disahkan mengalami jantung tersumbat serta injap bocor sejak dilahirkan dan kini memerlukan dana kira-kira RM35,000 bagi menjalani prosedur pembedahan keempat pada 11 Disember ini. “Anak saya sudah melalui tiga pembedahan termasuk kali pertama semasa dia berusia 15…










