KUALA LUMPUR 9 Dis. – Ribuan penyokong Harimau Malaya terpaksa berputih mata apabila mereka gagal mendapatkan tiket final pertama Piala AFF yang habis hanya dalam tempoh 30 minit selepas kaunter dibuka hari ini. Ketidakcekapan dalam penjualan tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menjadikan keadaan bertambah kecoh. Kaunter jualan tiket mula dibuka pada pukul 10 pagi bagaimanapun penyokong Harimau Malaya sudah pun mulai beratur seawal 6 pagi dan keadaan semakin…










