9 tapak pembinaan biak nyamuk aedes dikompaun - Utusan Malaysia

9 tapak pembinaan biak nyamuk aedes dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 20 Dis. – Sebanyak sembilan tapak pembinaan dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam Operasi Tapak Binaan yang dijalankan di seluruh negeri ini bermula kelmarin.

S. VEERAPAN
S. VEERAPAN

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, dalam operasi selama dua hari itu sebanyak 30 tapak pembinaan telah diperiksa.

“Sebanyak sembilan lokasi didapati menjadi tempat pembiakan larva nyamuk aedes dan telah dikenakan kompaun bernilai RM4,500 bagi kesalahan tersebut.

“Selain itu, lapan notis arahan pembersihan telah dikeluarkan kepada tapak pembinaan yang berpotensi membiak serangga pembawa penyakit yang akan diperiksa semula dalam masa tujuh hari.

“Mana-mana pemaju yang gagal menjelaskan kompaun atau tidak mematuhi notis arahan pembersihan akan didakwa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Veerapan memberitahu, operasi tersebut melibatkan tujuh pasukan yang terdiri daripada 47 penguat kuasa kesihatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 1,740 kes demam denggi dengan lima kematian dilaporkan di negeri ini sehingga 15 Disember lalu.

Jelasnya, Seremban mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,355 kes dengan empat kematian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×