KUALA LUMPUR 29 Dis. – Kementerian Pendidikan akan melaksanakan sembilan intervensi bagi meringankan beban tugas guru, bermula Januari ini. Menterinya, Dr. Maszlee Malik bagaimanapun berkata, sembilan intervensi yang merangkumi lima inisiatif itu hanya akan diumumkan ketika perutusan tahun baharu pada 14 Januari depan. Katanya, intervensi itu akan dilaksanakan oleh pihak kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah. “Kementerian menyedari tugas guru kian mencabar. Tugas guru adalah mendidik anak bangsa tetapi kini ditambah pula dengan tugas perkeranian yang bukannya semua relevan dan akibatnya membebankan guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya