KUALA LUMPUR 10 Dis. – Polis berjaya menghalang rancangan menyerang sebuah balai polis di Kelantan dan rumah ibadat bukan Islam di Lembah Klang pada Januari depan dengan penahanan seorang suspek dalam operasi khas yang dilancarkan antara 19 hingga 28 November lalu. Lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sebagai penjual madu itu didapati menerima arahan melancarkan serangan tersebut daripada Wan Aquil Wan Zainal atau Akel Zainal iaitu rakyat Malaysia yang menyertai…