63 Wartawan terbunuh tahun ini - Utusan Malaysia

63 Wartawan terbunuh tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Dis. – Sekurang-kurang­nya 63 wartawan dilaporkan terbunuh ketika menjalankan tugas mereka di seluruh dunia pada tahun ini, lapor Reporters Without Borders (RSF) di sini hari ini.

Angka itu menunjukkan peningkatan hampir 15 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Kumpulan kebebasan media itu melaporkan, bagaimanapun sekiranya diambil kira pekerja media secara keseluruhan, angka itu mencecah sehingga 80 orang.

“Sementara itu, 348 wartawan pula ditahan di seluruh negara berbanding 326 pada tahun lalu. Hampir separuh daripada mereka ditahan di China, Turki, Iran, Arab Saudi dan Mesir ,” lapor media itu.

Badan yang berpangkalan di Paris itu turut mendedahkan, Afghanistan, Syria dan Mexico adalah antara tiga negara paling bahaya dan tidak selamat untuk wartawan menjalankan tugas mereka.

Amerika Syarikat juga kini termasuk dalam senarai itu apabila baru-baru ini menahan lima pekerja surat khabar Capital Gazette.

Dalam insiden terbaharu pada 2 Oktober lalu, wartawan Jamal Khashoggi dibunuh di dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN