KUALA LUMPUR – Seramai 40,923 orang telah berdaftar di bawah Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) sejak ia diperkenal 15 Ogos lalu sehingga semalam (3 Disember). Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, Fasa 1 dan Fasa 2 i-Suri dijalankan secara caruman sukarela dan bersasar iaitu wanita yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri sehingga 30 Jun lalu serta memenuhi kriteria…










