3 pesara bomba diraikan - Utusan Malaysia

3 pesara bomba diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 30 Dis. – Tiga orang anggota bomba diraikan dalam satu majlis di Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu di sini, semalam.

Mereka diraikan itu ialah Yaacob Ishak, 57; Ruslee Ahmad, 57, dan Muhammad Sopie Othman, 55.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Muhammad Syukri Hashim berkata, pihaknya percaya banyak kenangan pahit dan manis telah dilalui oleh pesara-pesara berkenaan.

“Terima kasih kepada semua pihak, termasuklah 20 orang pesara sebelum ini, yang turut sama-sama hadir bagi meraikan tiga pesara yang diraikan ini,” katanya di sini.

Penolong Pengarah Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, Nazri Zakaria hadir bagi menyampaikan sijil penghargaan.

Sementara itu, Ruslee berkata, dia berkhidmat dalam pasukan selama 34 tahun dan telah tinggal di kuarters Bomba dan Penyelamat Tikam Batu selama 25 tahun.

Manakala, Yaacob pula berkata, dia bersara pilihan setelah berkhidmat dalam pasukan itu selama 39 tahun dan selepas bersara nanti akan kembali ke kampungnya di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×