PUTRAJAYA 21 Dis. – Seramai 274,639 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan itu akan dibayar dalam dua peringkat iaitu sebanyak RM300 pada akhir tahun ini dan baki RM300 pada awal tahun depan. Menurutnya, atas cadangan Kementerian Kewangan, jemaah Menteri pada 12 Disember…










