KEMAMAN – Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah menangkap 26 ekor haiwan ternakan terdiri daripada lembu, kambing dan kerbau yang dibiarkan berkeliaran sehingga membahayakan keselamatan penduduk sejak awal tahun ini. Yang Dipertua MPK, Johan Ibrahim berkata, tindakan penguatkuasaan tersebut bertujuan mendisiplinkan sebahagian penternak di daerah tersebut yang tidak bertimbang rasa kerap melepaskan haiwan ternakan mereka tanpa pengawasan. “MPK tidak akan lagi berkompromi. Setiap haiwan ternakan yang didapati merayau tanpa pengawasan akan…










