13 Ketua Cabang PKR Pulau Pinang gesa Nurul Izzah tarik balik keputusan - Utusan Malaysia

13 Ketua Cabang PKR Pulau Pinang gesa Nurul Izzah tarik balik keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 18 Dis. – Suara kepemimpinan PKR meminta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar untuk menarik balik peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri ini semakin rancak kedengaran selepas 24 jam keputusan itu dibuat.

Selepas MPN PKR Terengganu yang menggesa Nurul Izzah menarik balik keputusan itu semalam, hari ini 13 Ketua Cabang PKR negeri ini turut mengambil tindakan serupa memandangkan keputusan itu dilihat akan membuatkan PKR kehilangan seorang pemimpin pelapis yang menjadi penggerak reformasi.

Ketua Cabang PKR Kepala Batas, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman yang mewakili 13 Ketua Cabang PKR negeri berkata, mereka menghormati keputusan Nurul Izzah  namun memohon agar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menarik balik keputusan berkenaan.

“Kami berharap agar Nurul Izzah menerima amanah yang telah diberikan dan kami berjanji untuk  bersama-sama dengan beliau mengangkat martabat PKR.

“Sudah semestinya ketiadaan pemimpin seperti Nurul Izzah adalah satu kehilangan buat mana-mana organisasi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Nurul Izzah semalam mengejutkan para penyokongnya apabila mengumumkan perletakan jawatan Naib Presiden PKR dan melepaskan jawatan Pengerusi MPN negeri ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×