11 pendatang asing mati, 33 diselamatkan Pengawal Pantai di Sepanyol - Utusan Malaysia

11 pendatang asing mati, 33 diselamatkan Pengawal Pantai di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 20 Dis. – Seramai 11 pendatang asing ditemukan mati bersama 33 yang masih hidup dalam sebuah bot di selatan lautan Sepanyol hari ini.

Menurut jurucakap Pengawal Pantai, pasukan penyelamat telah membawa pendatang asing tersebut yang datang dari sub-Sahara Afrika ke pelabuhan di Almeria.

“Pasukan penyelamat melakukan pencarian bot itu selama dua hari antara wilayah selatan Andalusia dan utara Maghribi.

“Mereka terselamat terdiri daripada empat wanita dan 29 lelaki,” katanya.

Sepanyol menjadi salah satu tempat kemasukan ke Eropah bagi pendatang asing mendahului Greece dan Itali.

Mengikut Organisasi Antarabangsa bagi Penghijrahan, lebih 55,000 pendatang asing tiba di Sepanyol melalui laut dan 744 kematian.

Tambahnya, pengawal pantai juga sedang mengesan lagi tiga bot di kawasan sama yang setiap satu membawa 50 hingga 55 pendatang asing. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN