NIBONG TEBAL 19 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy supaya tidak sesekali menyentuh isu sensitif membabitkan hal ehwal agama serta perpaduan di negara ini. Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, jika keadaan itu berterusan, tidak mustahil gelombang kebangkitan rakyat akan berlaku sekali lagi. “Ingat, kami (orang Melayu dan bumiputera) ada maruah dan kamu juga ada maruah. Ingat juga bahawa jika…










