Warga Indonesia maut terkena serpihan batu mesin pemotong rumput - Utusan Malaysia

Warga Indonesia maut terkena serpihan batu mesin pemotong rumput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Seorang pemotong rumput ditemukan maut disyaki terkena serpihan batu grinder mesin pemotong rumput di sebuah ladang berhampiran Batu 29, Jalan Kuala Lumpur- Ipoh, Hulu Selangor dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mangsa, Sumijo Sukardi, 63, ditemukan orang awam terbaring di ladang tersebut dan kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa kira-kira pukul 10.25 pagi.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian menemukan sebuah mesin potong rumput dan serpihan batu grinder yang mempunyai kesan darah bersebelahan si mati.

“Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan mendapati mangsa mengalami kesan kecederaan di bahagian depan leher akibat terkena serpihan batu tersebut yang patah semasa mengasah mata pisau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, punca kematian disebabkan kecederaan di leher akibat objek tajam dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN