Warga Bangladesh didenda ugut peniaga - Utusan Malaysia

Warga Bangladesh didenda ugut peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Gara-gara mengugut seorang peniaga warga Pakistan supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM2,000 pada September lalu, seorang penganggur warga Bangladesh didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.


Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu selepas Md. Sakib, 21, mengaku bersalah melakukan pemerasan terhadap Waqar Hameed, 28, hingga menyebabkan lelaki itu ketakutan dengan mengancam untuk membawa gengster dan mengganggu keluarga mangsa.


Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di kedai Fuel Hut Enterprise, Menara Kuala Lumpur, Jalan P. Ramlee, Dang Wangi, di sini kira-kira pukul 5 petang, 2 September lalu.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran namun peguam, P. Muniswer yang mewakili Md. Sakib memohon hukuman yang rendah kerana anak guamnya menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama serta tiada rekod kesalahan lampau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN