KUALA LUMPUR 17 Nov. – Parti Gerakan memecah tradisi apabila memilih seorang wanita muda sebagai ahli jawatankuasa pusat pemudanya. OOI AI ZHEN Ooi Ai Zhen, 24, dipilih bersama-sama 11 pemuda lain untuk memegang jawatan itu bagi tempoh tiga tahun akan datang. Pekerja pentadbiran itu ketika ditemui pemberita berkata, beliau menghargai pemilihannya dalam Pemuda Gerakan dan berharap mampu menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu. “Saya berharap boleh menarik lebih…










