JULAU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan bahawa wujud sindrom penafian berkaitan unsur sabotaj dalam pemilihan parti itu sebagaimana didakwa Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin baru-baru ini.
Beliau berkata, pihaknya mahu semua pihak dalam parti tidak cuba membayangkan bahawa parti itu bermasalah.
“Tidak ada penafian. Kalau ada sesuatu kita akan ambil tahu,” katanya kepada pemberita ketika melawat Rumah Rengayan Anak Ngumbang di Nanga Ruyak di sini semalam.
Berita berkaitan:
Beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zuraida baru-baru ini yang dipetik sebagai berkata, pucuk pimpinan PKR perlu bangkit daripada sindrom penafian dan memandang serius kemungkinan wujud unsur sabotaj dalam pemilihan parti itu.
Zuraida yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR berkata, isu berkenaan memerlukan penyelesaian segera kerana boleh merosakkan keseluruhan sistem pemilihan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











