Malam Puisi Palestin, Al-Aqsa 21 Mei ini - Utusan Malaysia

Malam Puisi Palestin, Al-Aqsa 21 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mei – Orang ramai dijemput hadir ke Malam Pembacaan Puisi untuk Palestin dan Al-Aqsa di Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong dekat sini pada 21 Mei depan.

Majlis yang akan diadakan di dewan solat utama masjid itu dijangka berlangsung selepas solat tarawih yang turut menampilkan pemuisi terkenal tanah air.

Antaranya bekas Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad  Kama Piah, Siamir Marulafau, Dr. Ayuzuraina, Datuk Rahman Shaari, Adly, Adiwangsa, Kpl Azhar, Haji Askolani, Latti Latisa, Datuk Nashuha, Datuk Wan Razuhar dan SN Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah. 

Tidak ketinggalan menyampai puisi malam it seperti Siamir Muralafau, Letfee Ahmad dan Syed Indera Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Siso.

Program bagi mengenang nasib menimpa umat Islam di Palestin itu mengangkat tema ‘Selamatkan Baitulmuqaddis’ turut mendapat kerjasama daripada persatuan sastera di negara ini iaitu Nusantara Melayu Raya (Numera).

Pada majlis tersebut, pungutan derma untuk Palestin dan Selamatkan AlAqsa akan dilancarkan.  

Orang ramai dijemput hadir bagi menunjukkan keprihatinan tentang nasib rakyat Palestin dan Al-Aqsa. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×