SHAH ALAM 17 Nov. – Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat PKR demi mengenangkan jasa beliau menerajui parti itu sejak 20 tahun lalu. Pelantikan itu juga dilihat sebagai menghormatinya yang tidak bertanding dalam Pemilihan PKR untuk penggal 2018-2021 bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bakal ditabalkan sebagai Presiden baharu PKR esok. Keputusan pelantikan itu dibuat menerusi usul khas…










