Vigneswaran mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap Anthony Loke - Utusan Malaysia

Vigneswaran mungkin ambil tindakan undang-undang terhadap Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S. A. Vigneswaran tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Jelasnya, beliau akan meneliti semua laporan yang didakwa Ahli Parlimen Seremban itu seterusnya berbincang dengan peguamnya untuk tindakan lanjut.

“Saya akan lihat semua perkara yang beliau dakwa dan berkemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Ini berikutan tindakannya itu seolah-olah ingin menjejaskan imej saya selaku Yang Dipertua Dewan Negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini.

Hari ini, Anthony mendedahkan Vigneswaran telah melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu.

Dalam sidang akhbar tersebut, Anthony mendakwa Vigneswaran dengan sengaja melanggar protokol keselamatan, termasuk memakai selipar dan tidak mematuhi kod etika berpakaian, menengking kakitangan lapangan terbang serta masuk ke bilik VIP tanpa pas keselamatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN