[VIDEO] Rakan bomba baca Yassin untuk Mohamad Adib di SJMC - Utusan Malaysia

[VIDEO] Rakan bomba baca Yassin untuk Mohamad Adib di SJMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov.- Kira-kira 10 anggota bomba mengadakan bacaan yasin di lobi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) bagi mendoakan rakan mereka yang cedera parah akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam, USJ 25 dekat sini awal pagi tadi.

Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, masih dalam keadaan kritikal dan kini dirawat dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) SJMC.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi, Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera selepas diserang sekumpulan perusuh.

Muhammad Adib yang duduk di bahagian penumpang hadapan jentera EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.

Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras.

Susulan serangan tersebut pasukan bomba tidak dapat memadamkan kenderaan dan anggota di lokasi kejadian diselamatkan beberapa orang awam ketika kejadian berlaku.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN