PETALING JAYA 23 Nov. – Seorang penganggur yang dipercayai terbabit dengan kejadian langgar lari di Taman Equine, Seri Kembangan ahad lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita. Tiada pengakuan direkodkan daripada Wilsonrensa Dudom, 22, memandangkan kes tersebut bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh pekerja restoran, Wong Sow Lin, 57 di hadapan sebuah restoran, Jalan Equine 9B, Seri Kembangan dekat sini kira-kira…










