KUALA LUMPUR 24 Nov. – Lebih 350 mahasiswa dari seluruh negara berhimpun bagi menuntut janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dalam menifesto Pakatan Harapan (PH) di ibu negara di sini hari ini. Perhimpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu bermula kira-kira pukul 2 petang. Peserta perhimpunan yang berkumpul di Masjid Jamek kemudian berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail menuju ke pejabat PTPTN di Jalan…










