SUBANG JAYA 27 Nov. – Dua buah kereta dibakar sekali lagi oleh kumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, di sini awal pagi ini.
Kenderaan pertama dibakar kira-kira pukul 1.20 pagi oleh sekumpulan lelaki manakala kenderaan kedua pula dipercayai telah ditarik keluar dari kawasan dalam kuil dan dibakar di tengah jalan raya.
Kedua-dua kenderaan itu merupakan antara kereta yang dibakar semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di kawasan berhampiran turut dihalang daripada melakukan pemadaman.
Laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam, Selangor berhampiran kuil tersebut juga masih ditutup daripada pengguna lebuh raya. – UTUSAN ONLINE
Video Oleh AZRUL RADI










