KUALA LUMPUR 22 Nov. – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh anak tiri lelakinya, dua minggu lalu. Khairul Izaini Khairuddin, 31, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh…










