KUALA LUMPUR 1 Nov. – Di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Belanjawan 2019 akan bertukar menjadi sebuah belanjawan untuk rakyat berkorban. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan PH daripada menjanjikan bulan dan bintang sebelum ini, kini telah berubah menjadi belanjawan pengorbanan rakyat. Walhal katanya, bagi kerajaan Barisan Nasional (BN), sekiranya diberi terus berkuasa, memang sudah ada perancangan bahawa bantuan, manfaat serta jumlah pembangunan yang dapat…










