KUALA LUMPUR 9 Nov. – Mana-mana ahli UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu membuktikan kesetiaan mereka serta tidak lagi terikat dengan UMNO. Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan ini perlu menyokong tindakan-tindakan baik yang dilakukan oleh parti berkenaan. Namun, katanya, jika Bersatu berasa senang dengan kelakuan mereka (ahli-ahli UMNO), maka, mereka akan diterima untuk berada di dalam parti. “Mereka bukan boleh masuk sebagai satu kumpulan besar UMNO yang berniat untuk menguasai Bersatu. Bersatu tidak boleh dikuasai oleh sesiapa, Bersatu dikuasai oleh perjuangannya. “Bersatu bukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya