PUTRAJAYA – Rokok elektronik (vape) dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun kementerian masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan vape dan shisha dalam masa terdekat. “Pada masa ini, peraturan itu membabitkan produk berkaitan tembakau, tetapi untuk vape dan shisha kita akan ambil pendekatan mengikut peraturan dan undang-undang…










