Van sayur Thailand berleluasa - Utusan Malaysia

Van sayur Thailand berleluasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pengguna jalan raya di negeri ini berasa terancam dengan kelibat kenderaan persendirian tempatan yang dipandu warga Thailand untuk memunggah barangan makanan mentah se­perti sayur-sayuran, ikan, buah-buahan dari negara jiran.

Risikan yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mendapati setiap hari antara 60 hingga 70 buah kenderaan tersebut masuk ke negeri itu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, dekat sini.

Pengarah JPJ Kelantan, Mahasan Mustapa berkata, van dan pacuan empat roda persendirian menggunakan nombor pendaftaran negara ini kemudiannya menghantar barangan tersebut ke pasar-pasar di daerah Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai

“Ekoran itu, JPJ menerima banyak aduan serta rungutan penduduk berhubung kesalahan yang dilakukan kenderaan terbabit kerana ada yang me­ngancam keselamatan pengguna jalan raya lain. Sehubungan itu, JPJ Kelantan mengadakan satu Ops Khas Sempadan bermula pukul 5 hingga 8 pagi tadi (semalam),” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN