Ujian mekanisme subsidi petrol di beberapa negeri dahulu - Utusan Malaysia

Ujian mekanisme subsidi petrol di beberapa negeri dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempertimbangkan untuk mengadakan ‘dry run’ atau ujian di beberapa negeri sebelum  pelaksanaan mekanisme subsidi petrol bersasar sepenuhnya, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Bagaimanapun, perancangan untuk mengadakan ujian masih di peringkat idea dan belum dimuktamadkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KPDNHEP di sini hari ini.

Belanjawan 2019 memperuntukkan subsidi petrol kepada  kereta berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Subsidi itu melibatkan petrol RON95 iaitu sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter untuk motosikal.

Pada majlis itu, Saifuddin menyampaikan sijil penghargaan kepada 11 pegawai bahagian penguatkuasaan kementerian itu  yang menolak tawaran rasuah ketika menjalankan tugas.

“Ketegasan 11 pegawai berkenaan dalam menolak rasuah menggambarkan nilai integriti yang tinggi,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN