Tunggakan cukai RM45 juta: 505 kena sekatan perjalanan - Utusan Malaysia

Tunggakan cukai RM45 juta: 505 kena sekatan perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah mengenakan sekatan perjalanan kepada 505 individu termasuk pengarah syarikat dari negeri ini kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM45 juta.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Sabah mengenakan sekatan perjalanan kepada 505 individu termasuk pengarah syarikat dari negeri ini kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM45 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, daripada jumlah tersebut seramai 10 individu dan pengarah syarikat yang dikenakan sekatan itu berasal dari Daerah Keningau melibatkan tunggakan cukai sebanyak RM0.3 juta.

“Ini adalah satu jumlah yang besar (individu dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara). Ia berpunca daripada tahap kesedaran mereka (pembayar cukai) yang masih rendah. Namun ada juga dalam kalangan mereka sememangnya ingin mengambil kesempatan dan mengambil keputusan sengaja tidak mahu membayar cukai.

“Bagi mereka yang tidak mahu membayar cukai, LHDN akan mengambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Tugas Pengarah LHDN Cawangan Keningau di sini, hari ini.

Pengarah LHDN Cawangan Keningau yang baharu, Syaiful Nizam Abdul Majid akan menggantikan Abdul Rahman Rasid yang akan ditempatkan di ibu pejabat LHDN negeri Kota Kinabalu. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×