KUALA NERUS 1 Nov. – Jabatan Perikanan meminta penternak ikan sangkar di pantai timur supaya melakukan tuaian lebih awal agar mereka tidak terdedah kepada risiko kerugian besar dalam musim tengkujuh. Ketua Pengarahnya, Datuk Munir Mohd. Nawi berkata, dalam keadaan hujan berterusan, boleh menjejaskan daya tahan ternakan dan sekiranya banjir sangkar mungkin musnah atau dihanyutkan. Sehubungan itu pegawai perikanan di peringkat negeri terah diarahkan untuk berjumpa dengan penternak bagi membantu memberikan…










