TOKYO 8 Nov. – Toshiba Corp. membubarkan unit tenaga nuklearnya di Britain dan menjual perniagaan gas asli cecairnya (LNG) di Amerika Syarikat (AS), ketika konglomerat perindustrian itu ingin melupuskan aset bermasalah dan mendapatkan kembali keyakinan pelabur. Rancangan itu merupakan sebahagian daripada strategi perniagaan baharu lima tahun yang diumumkan Toshiba pada Khamis, yang turut melibatkan 7,000 pemberhentian pekerja, atau lima peratus daripada tenaga kerjanya dalam tempoh lima tahun. Saham syarikat itu melonjak 13.7 peratus kepada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun selepas pengumuman tersebut, turut dibantu oleh langkah untuk membeli semula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya