KOTA KINABALU 25 Nov. – Tiga sekeluarga ditemukan rentung selepas rumah jenis tidak kekal didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Junkon, Menumbok, dekat Kuala Penyu, awal pagi ini. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam kenyataan berkata, mangsa yang rentung ialah Yamal Suhud, 80, isterinya, Saadah Mumin, 70, serta anak lelaki mereka, Ismail Yamal, 45. Dalam kejadian kira-kira 1.20 pagi itu menurutnya, pasukan bomba menjumpai dua…










