Tiga polis Filipina dijatuhi hukuman penjara - Utusan Malaysia

Tiga polis Filipina dijatuhi hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 29 Nov. – Seramai tiga orang anggota polis dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh seorang remaja ketika operasi anti-narkotik.

Pertuduhan itu merupakan yang pertama melibatkan anggota polis sejak Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menjalankan kempen memerangi dadah.

Polis menyatakan remaja berusia 17 tahun itu yang dikenali sebagai Kian delos Santos adalah pengedar dadah dan melepaskan tembakan ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Bagaimanapun, rakaman kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua anggota polis mengheret remaja berkenaan yang tidak bersenjata sebelum dia ditembak mati.

Menurut saksi kejadian, remaja itu merayu kepada anggota polis untuk tidak membunuhnya.

“Saya berasa sangat gembira kerana ini membuktikan anak saya tidak bersalah dan tidak pernah terbabit dalam kegiatan dadah,” kata ibu kepada delos Santos, Lorenza kepada wartawan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN