PULAU PINANG 10 Nov. – Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing yang baru menyamun sebuah banglo di Puncak Bukit Mutiara, Tanjung Bungah di sini, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi itu, ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang dipercayai cuba menyerang polis yang meronda di satu kawasan gelap di dalam hutan berhampiran kawasan tersebut. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rahimi Raais berkata, terdahulu pihaknya…









