BUTTERWORTH – Tiga individu, termasuk sepasang kekasih yang dipercayai pengedar dadah ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM167,895 dalam serbuan di sebuah apartmen di Taman Tanjung Indah di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Polis Noorzainy Mohd. Noor berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu rumah itu pada pukul 10.20 malam dan menahan dua lelaki serta seorang wanita berusia 23…










