Tidak taja bukan jenayah - Gobind - Utusan Malaysia

Tidak taja bukan jenayah – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Tindakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mahu ‘menghukum’ syarikat telekomunikasi atas ‘jenayah’ kononnya menjauhkan masyarakat daripada tabiat membaca mendapat responS Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Sambil menyifatkan dakwaan ‘jenayah’ itu sebagai sesuatu yang sangat berat, Gobind beranggapan perkara berkaitan tajaan bagi kempen membaca itu boleh diselesaikan secara baik menerusi perbincangan dengan syarikat telekomunikasi tempatan.

“Ini bukan jenayah. Kita kena lihat kepada keperluan dan perubahan zaman di mana setiap hari ada sahaja pembaharuan. Apa yang perlu kita lakukan ialah kita cari jalan untuk bekerjasama demi kebaikan negara.

“Pada saya kedua-duanya cukup penting. Kita mahu memperkasa tabiat membaca dalam kalangan rakyat, namun dalam masa yang sama kita juga kena lihat kepada era moden ini.

“Sekiranya nanti kerajaan memutuskan satu polisi baharu di mana setiap syarikat telekomunikasi ini perlu mendukung kempen membaca atau sebagainya, saya merasakan itu tiada masalah (kepada syarikat telekomunikasi),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hab Digital Maker di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Serdang dekat sini hari ini.

Semalam, Maszlee dalam Majlis Himpunan Penulis Malaysia dilaporkan sebagai berkata, kerajaan akan memburu semua syarikat telekomunikasi tempatan bagi mendapatkan tajaan kempen membaca kebangsaan.

Maszlee berkata, syarikat telekomunikasi patut dihukum atas ‘jenayah’ menjauhkan masyarakat daripada membaca apabila rakyat lebih berminat menjadi pembaca aplikasi Whatsapp tegar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN