PENGKALAN HULU –Pasukan mencari dan menyelamat menghentikan serta-merta operasi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai pertandingan menangkap itik di Tasek Takong di sini kelmarin selepas mendapati tiada mangsa terlibat seperti yang didakwa sebelum ini.
Operasi yang berjalan selama 24 jam itu termasuk melakukan kerja-kerja mengeringkan kawasan tasik sedalam kira-kira tiga meter tersebut terpaksa dihentikan pada pukul 12.05 tengah hari.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Raduan Mohamad berkata, hasil maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati tiada peserta yang lemas di tasik berkenaan seperti yang didakwa oleh seorang pengunjung.
“Kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan individu di kawasan itu.
“Operasi mencari yang dijalankan melibatkan pelbagai agensi sejak semalam (kelmarin) juga tidak menemui mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










