Sudah terhantuk baru tengadah. Itu yang berlaku kepada seorang individu bernama Muhammad Izwan Shah apabila diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar RM100,000 kepada Skop Productions selepas defendan memuat naik filem Munafik 2 di laman sosial Facebook dan Instagram ketika ia masih ditayangkan di pawagam pada September lalu. Terkejut dengan hukuman tersebut, Muhammad Izwan selepas itu meluahkan kekesalannya di Facebook. “Nilai RM100,000 itu teramat besar bagi orang biasa seperti saya. Mustahil untuk saya mendapatkan jumlah tersebut walau saya hidup 100 tahun sekalipun. Bagaimanapun, saya berjanji akan membayarnya walaupun sedikit demi sedikit kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya