Tiada keperluan ratifikasi ICERD - Husam - Utusan Malaysia

Tiada keperluan ratifikasi ICERD – Husam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 18 Nov. – Parti Amanah Negara (Amanah) kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Husam Musa berkata, bagaimanapun kerajaan perlu terus mendokong keadilan terhadap semua kaum di negara ini dari segenap aspek termasuk pendidikan.

“Dalam kes ICERD dengan jelas pemimpin Pakatan Harapan membuat kenyataan dan yang paling tinggi ialah Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Walaupun kita berpandangan ICERD tidak perlu diratifikasikan dalam negara kita tetapi sebagai orang Islam kita juga mendokong keadilan untuk semua kaum,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Amanah negeri di Dewan Datuk Zaharudin Abu Kasim di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Amanah negeri, Hamzah Jaafar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN