KOTA BHARU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang akan ditawarkan kepada bekas menteri Kabinet dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad selepas pemimpin itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Mahathir berkata, menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menawarkan jawatan bagi tempoh tertentu kepada mana-mana bekas pemimpin UMNO. “Mereka mesti bersihkan diri daripada amalan kerajaan terdahulu dan (kami) akan melihat tempoh tertentu buat mereka (pegang jawatan),” katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan pemimpin PH Kelantan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya