DUA tahun menderita sakit lutut ekoran usia yang semakin meningkat bukanlah satu tempoh yang singkat buat Aptar Singh Mahinder Singh, 64, apabila masalah itu sering membuatkan pergerakannya terganggu. Setiap kali menaiki anak tangga, dia semestinya akan berhenti buat seketika bagi mengurangkan rasa ngilu pada lututnya. Bukan sahaja tidak dapat bergerak bebas, malah masalah itu menyebabkan dia tidak lagi dapat melakukan hobi berjoging di taman yang telah menjadi rutin hariannya sejak…










