Tabung Dana Kemanusian Yaman dilancar - Utusan Malaysia

Tabung Dana Kemanusian Yaman dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 17 Nov. – Tabung Dana Kemanusiaan Yaman bagi membantu mengurangkan kesengsaraan rakyat negara itu yang dilanda konflik berpanjangan dilancarkan di sini semalam dengan sasaran kutipan mencecah RM200,000.

Inisiaf oleh empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah Yaman Care itu bagi menggerakkan misi kemanusian pada Disember depan dengan membekal barangan keperluan asas terutama makanan dan ubat-ubatan ketika kehidupan pelarian yang makin melarat.

Pelancaran disempurnakan semalam oleh Pengarah Institut Modal Insan negeri, Kamaruzzaman Abdullah di pasar raya Sabasun yang turut bersama dengan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI), Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (Hanees) dan Iman Care bagi menjayakan usaha itu.

Yaman diisytiharkan sebagai sebuah negara termiskin di Timur Tengah sejak krisis bermula pada Mac 2015 lalu dan peperangan yang berterusan selama tiga tahun telah menyebabkan tragedi kemanusiaan yang sangat kritikal.

Ahli jawatankuasa sekretariat misi itu, Nasaruddin Othman berkata, setiap NGO yang terlibat mensasarkan kutipan dana sebanyak RM50,000 dan berharap lebih banyak disumbangkan diterima sebelum pemergian mereka.

Mohd Nasiruddin Othman berkata, kutipan melalui Tabung Dana Kemanusian Yaman itu

dikumpulkan sejak awal tahun hasil sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Selain bekalan makanan dan air bersih bagi pelarian, pendidikan turut menjadi fokus dalam misi kali ini yang bakal disertai 10 aktivis suntuk membantu anak-anak Yaman agar tidak terabai,” ujarnya.

Mohd Nasiruddin berkata, Yaman Care yang akan terus menggerakkan tabung dana itu melalui pasar raya, surau dan masjid serta pasar malam di seluruh negeri.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN