SALAM bahagia buat Yang Berhormat (YB) Dr. sebagai Menteri Pendidikan. Isu Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimansuhkan oleh Menteri Pendidikan merangkap Timbalan Perdana Menteri terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut berada dalam Kabinet baharu ini masih berlarutan kerana telah “menjelma” kembali dengan baju baharu dengan nama “Program Dwibahasa” atau lebih dikenali dengan dual-language programme, singkatan popularnya DLP. Sebenarnya telah pun kami jelaskan bahawa pengenalan…










