Sultan Ibrahim bersarapan dengan warga KTMB sebelum terus KMJ ke Segamat - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim bersarapan dengan warga KTMB sebelum terus KMJ ke Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG 27 Nov. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meluangkan masa bersarapan dengan warga Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Keretapi Kluang sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta api menuju daerah Segamat pada hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018, pagi ini.

Baginda memandu kereta api tersebut sejauh 98 kilometer sambil diringi Menteri Besar  Datuk Osman Sapian.

Setibanya di Segamat, baginda berangkat ke Padang Awam Batu Anam dengan menaiki kenderaan Morgan.

Pelbagai aktiviti disediakan untuk rakyat, antaranya pameran peralatan traditional, sukan rakyat, pertandingan memasak serta gubahan dan gimik membuat kolum.

Destinasi seterusnya baginda berangkat ke daerah Tangkak dan Kompleks Sukan Pagoh, Muar sebelum dijadualkan menamat kembara di Padang Awam Tongkang Pecah Batu Pahat, petang nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN