Sulaiman bidas cubaan pihak pembelaan kemuka permohonan di saat akhir - Utusan Malaysia

Sulaiman bidas cubaan pihak pembelaan kemuka permohonan di saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Sulaiman Abdullah hari ini menyifatkan cubaan pihak pembelaan untuk mencabar pelantikan beliau selaku ketua pendakwaan dalam kes SRC International Sdn. Bhd. membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak ialah tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ia dikemukakan di saat-saat akhir.

Sulaiman yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan oleh Jabatan Peguam Negara memberitahu Mahkamah Tinggi pihak pembelaan sepatutnya membangkitkan perkara itu pada hari pertama sebutan kes itu.

“Adalah tidak bertanggungjawab bagi pihak pembelaan untuk mengemukakan permohonan bagi mencabar pelantikan ini di saat-saat akhir. Ia sudah terlambat,” katanya apabila kes itu disebut untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau juga berkata pihak pendakwaan sudah pasti akan memfailkan bantahan awal mengenai permohonan itu.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta perkara itu didengar bersama dengan permohonan penzahiran dokumen termasuk kenyataan saksi yang sepatutnya diserahkan kepada mereka oleh pihak pendakwaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN