Sudah-sudahlah fitnah saya simpan duit berjuta-juta di rumah - Najib - Utusan Malaysia

Sudah-sudahlah fitnah saya simpan duit berjuta-juta di rumah – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan dirinya berhubung rampasan wang tunai RM116 juta oleh pihak polis.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau ada membaca komen-komen di hantaran beliau sebelum ini mengenai dana RM116 juta yang telah dirampas oleh pihak polis.

“Ada yang tidak percaya bahawa Presiden UMNO diamanahkan untuk menguruskan dana dan aset parti.

“Ada juga yang tidak percaya bahawa PM ke-4 pernah mengaku secara terbuka bahawa dia pindah dana sebanyak RM1.4 bilion kepada PM ke-5 selepas beliau lepaskan jawatan presiden parti pada tahun 2003.

“(RM1.4 bilion itu nilai tahun 2003, berapa agaknya nilainya 15 tahun kemudian pada tahun 2018?),” katanya dalam hantaran ke Facebook peribadinya.

Beliau turut mengemukakan bukti, dari hasil tulisan PM ke-4 sendiri pada tahun 2008:

“UMNO disaran membuat kenyataan mengenai wang yang saya berikan kepada Dato Abdullah apabila saya lepaskan jawatan. Lebih baik jika Dato Abdullah boleh jelaskan berapa banyak daripada jumlah RM1.4 bilion itu adalah dalam bentuk tunai, saham dan hartanah di mana kakitangan saya dan salah seorang menterinya serahkan masih ada padanya.” tulis PM ke-4.

http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/snippets_13.html

Saudara-saudari boleh baca sendiri.

Penjelasan ringkas saya tadi tentang dana RM116 juta yang dirampas oleh pihak polis sebelum sempat diberi kepada Presiden parti yang mengambil alih tempat saya:

“Sudah-sudahlah dengan propaganda dan fitnah yang kononnya saya simpan duit berjuta-juta di rumah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN