Suami isteri dituduh di mahkamah, mencuri pakaian di kedai dobi - Utusan Malaysia

Suami isteri dituduh di mahkamah, mencuri pakaian di kedai dobi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 9 Nov. – Sepasang suami isteri dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana mencuri pakaian di sebuah kedai dobi di Simpang Empat dekat sini, pada 4 November lalu. Tertuduh, Muhammad Razaidi Ishak, 51, dan Nor Fardiana Zainal, 19, yang menetap di Jalan Sungai Baru, Simpang Empat, Arau, dituduh secara bersama melakukan perbuatan itu di Kedai Washupp Dobi di pekan Simpang Empat. Mereka yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan kemudian menetapkan 7 Disember ini untuk mendengar kes itu.…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN