Solari pertahankan Ramos - Utusan Malaysia

Solari pertahankan Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME 27 Nov. – Jurulatih Real Madrid, Santiago Solari mempertahankan kaptennya, Sergio Ramos selepas mendakwa dia memberikan sampel doping yang tidak terakhir selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus pada tahun lalu.

Berdasarkan majalah Jerman, Der Spiegel, Ramos gagal mengisytiharkan bahawa dia mengambil dexamethasone, bahan larangan anti radang dalam aksi final di Stadium Millennium, Cardiff yang menyaksikan Real menewaskan Juventus 4-1.

“Sergio Ramos seorang yang jujur, bukan sahaja simbol Real Madrid tetapi bola sepak Sepanyol.

“Menjadi tanggungjuawab semua pemain untuk mempertahankannya termasuk media yang mempunyai objektif untuk mencari kebenaran.

“Jika kita menyiarkan perkara yang tidak benar, profesion kewartawanan sudah hilang matlamatnya,” katanya.

Ramos, 32, terlepas daripada pertuduhan anti doping apabila dia dikatakan menipu kerana cubaannya untuk menjaga reputasi diri sendiri.

Real akan bertemu gergasi Itali, Roma dalam aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara awal pagi esok (waktu Malaysia). Pemenang daripada perlawanan tersebut akan menamatkan saingan kumpulan di tempat teratas sekali gus mara ke pusingan kalah mati. – AFP

SANTIAGO SOLARI – AFP
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN